SYEIKH ABDULLAH BIN HARUN, WALI YANG DIANGGAP ORANG GILA

Diposting pada

Daftar Isi

Kemudian Syeikh Mahmud telah masuk ke dalam alam Sultan Auliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pula secara kerohanian untuk memastikan adakah Syeikh Abdullah mendapat ilmu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, tetapi Syeikh Abdullah tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Tetapi apabila Syeikh Mahmud masuk ke dalam alam jazbah, beliau telah bertemu dengan kerohanian Syeikh Abdullah di alam Jabarrut.

Pada masa itu barulah Syeikh Abdullah bin Harun menunjukkan reaksi dan berkata; “Hang nak pisang?”

Syeikh Abdullah telah menebang pohon pisang di tepi kediamannya lalu menghadiahkan setandan pisang kepada Syeikh Mahmud. Pada masa itu Syeikh Abdullah telah menunjukkan reaksi seperti orang siuman tidak seperti orang gila. Beliau telah menyisir pisang itu dan meletakkan dengan baik ke dalam raga motor Abbas.

Kemudian Syeikh Abdullah Bin Harun duduk mencangkung di depan kediamannya sambil mengurut-ngurut janggutnya dan mendongak ke langit. Selepas itu beliau telah memberi isyarat agar mengikutnya masuk ke dalam rumah kediamannya.

Semasa masuk ke dalam rumah kediaman itu, Syeikh Abdullah telah menghamparkan guni plastik untuk dijadikan hamparan duduk kepada Syeikh Mahmud dan Abbas. Kemudian telah memberi mereka berdua bantal dan memberi isyarat menyuruh mereka berdua agar tidur.

Selepas itu, dia pun masuk ke dalam kelambunya dan tidur. Menurut Abbas dia tak tidur karena mau melihat dengan mata kepalanya apa yang akan terjadi. Semasa mengintai itu dia telah ternampak cahaya kehijauan kebiru-biruan di dalam kelambu Syeikh Abdullah.

BACA JUGA:  CIRI CIRI WALI ALLAH SWT

Selang tidak beberapa lama selepas itu Syeikh Abdullah pun keluar dari kelambunya dan Syeikh Mahmud pun tersadar, Syeikh Abdullah telah berkata kepada mereka berdua, katanya; “Rayuan ada!”

Kemudian Syeikh Mahmud telah memeluk Syeikh Abdullah sambil menangis dan memohon agar Syeikh Abdullah mendoakannya.

Pada malam harinya sekitar jam 3.00 pagi ketika Syeikh Mahmud sedang tidur di rumahnya sendiri, tiba-tiba beliau telah terjaga dari tidur dan bangun terus saja berzikir. Hal ini terjadi karena kerohanian Syeikh Abdullah Bin Harun telah datang mengejutkan Syeikh Mahmud daripada tidur dan mengajak berzikir. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1979 Masehi.