SYEIKH ABDULLAH BIN HARUN, WALI YANG DIANGGAP ORANG GILA

Diposting pada

Daftar Isi

KEWALIAN SYEIKH ABDULLAH BIN HARUN 1836- 1992

Kisah Pertemuan Syeikh Mahmud Dengan Sheikh Abdullah Bin Harun

Syeikh Abdullah Bin Harun adalah seorang Ahlullah yang Allah s.w.t sembunyikan kewaliannya. Masyarakat setempat menganggap beliau orang gila padahal beliau merupakan salah seorang Auliya’ yang besar yang sentiasa karam di dalam memandang kebesaran Allah. Beliau seorang yang majzub. Menurut Syeikh Mahmud, Syeikh Abdullah Bin Harun adalah seorang Ahlullah berpangkat Imaman.

Syeikh Mahmud mengetahui tentang Syeikh ini melalui seorang bekas pengikut Syeikh Mahmud yang bernama Hj. Abdul Rahman. Beliau telah menceritakan kepada Syeikh Mahmud tentang beberapa orang yang telah beliau temui termasuklah Syeikh Abdullah Bin Harun.

Baca juga:  WALI ALLAH YANG "ANEH" DI BEBERAPA DAERAH

Kesemua yang diceritakan oleh Hj. Abdul Rahman itu tidak masuk dalam golongan Ahlullah melainkan Syeikh Abdullah Bin Harun seorang saja. Sebelum bertemu dengan Syeikh Mahmud, Haji Abdul Rahman pernah menceritakan tentang Syeikh Abdullah ini kepada salah seorang ulama di tempat beliau.

Tetapi ulama itu berkata bahwa Syeikh Abdullah bukan seorang Wali Allah karena dia tidak sembahyang. Haji Abdul Rahman telah bercerita perkara ini kepada Syeikh Mahmud sewaktu mereka bermalam di rumah Abbas sepupu Syeikh Mahmud di Simpang Ampat.

Pada keesokan paginya, Syeikh Mahmud dan Abbas pergi ke tempat Syeikh Abdullah Bin Harun di Sungai Korok, Kedah. Apabila sampai di kediaman Syeikh Abdullah, mereka melihat Syeikh Abdullah tidak menghiraukan kedatangan Syeikh Mahmud. Beliau hanya sibuk membuat kerjanya membaiki jalan di depan kediamannya.

Baca juga:  Kisah Wali Allah dan Sufi Tua

Apabila Syeikh Mahmud memandang Syeikh Abdullah, beliau sudah nampak lambang orang yang kenal Allah di wajah Syeikh Abdullah.

Kemudian Syeikh Mahmud telah masuk ke dalam alam Khidir a.s secara kerohanian untuk memastikan adakah Syeikh Abdullah mendapat ilmu daripada Khidir a.s. Tetapi Syeikh Abdullah tidak menunjukkan sebarang reaksi.