RASULULLAH SAW : “APA YANG KAMU SUKA DIDUNIA INI?”

Diposting pada

RASULULLAH SAW : “APA YANG KAMU SUKA DI DUNIA INI?”

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka.

Abu Bakar RA:

Bermula di tanyakan kepada Sayyidina Abu Bakar: “Apa yg kamu suka dari dunia ini?” Dan berkatalah Sayyidina Abu Bakar RA.

“Aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1. Duduk-duduk bersamamu ya Rasulullah.
2. Melihat wajahmu ya Rasulullah.
3. Aku korbankan hartaku untukmu ya Rasulullah”.

Umar RA

Lalu Rasulullah SAW bertanya pada sayyidina Umar RA. “bagaimana pula denganmu ya Umar?”

Jawab Sayyidina Umar RA “ada 3 perkara juga yang aku suka:
1. Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan.
3. Berkata yang benar walaupun pahit”.

Utsman RA

“Dan bagaimana pula denganmu wahai Utsman?”

Berkata Sayyidina Utsman RA. “ada 3 perkara yang aku suka:
1. Memberi makan.
2. Memberi salam.
3. Sholat malam di waktu manusia tidur”.

Ali

“Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ?”

“Aku juga cinta 3 perkara:
1. Memuliakan tamu.
2. Berpuasa di musim panas.
3. dan memukul musuh dengan pedang”.

Abu Dzar RA

Kemudian Rasulullah SAW bertanya pada Sayyidina Abu Dzar RA.

“Apa yang kamu suka di dunia ini?” berkata Sayyidina Abu Dzar RA

Baca juga:  PESAN INDAH MBAH MAIMUN ZUBAIR

“Aku suka 3 perkara di dunia ini:
1. Lapar.
2. Sakit.
3. Mati”.

Kemudian Rasulullah bertanya, “Kenapa wahai Abu Dzar?”

Berkata Sayyidina Abu Dzar RA.
“Aku suka lapar karena untuk membersihkan hati.
Aku suka sakit karena untuk mengurangi dosaku.
Aku suka mati karena untuk bertemu tuhanku”.

Rasulullah SAW

Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW “Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1. Wangi2an.
2. Wanita yang solehah.
3. Sholat menjadi penyejuk mataku”.

Malaikat Jibril AS

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril AS memberi salam pada rasulullah SAW & para sahabat.

Kemudian malaikat Jibril mengatakan “aku suka di dunia kamu ini 3 perkara” :
1. Menyampaikan risalah.
2. Menunaikan amanah.
3. Cinta terhadap orang miskin”.

Allah SWT

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata “Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah SWT berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1. Lidah yang sentiasa berzikir.
2. Hati yang sentiasa khusyuk.
3. Jasad yang sabar menanggung Ujian.

Subhanallah… Semoga kelak kita bersama Rasulullah SAW dan Para sahabatnya dan mendapat Ridho Allah serta surganya dengan tanpa hisab. Amin… https://www.facebook.com/AhmadZuhudID/

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ…

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *