ILMU LADUNI

Diposting pada

Daftar Isi

Assalamualaikum

ILMU LADUNI

Sedotan dari kitab pengesaan Allah SWT

Ilmu merupakan jalan utk mengetahui kaifiyat beramal, sdg amal itu sebagai jalan yg dpt menyampaikan kpd ILMU LADUNI.

Sebagaimana firman Allah Taala dlm Surah Al-Baqarah ayat : 282

“Bertaqwalah kamu kpd Allah nescaya Dia mengajar kamu ( dgn menganugerahkan kamu ILMU LADUNI). ”

ILMU LADUNI itu ialah ilmu yg dianugerahkan oleh Allah Taala dlm SIRR hati hamba-Nya yg takut kpd-Nya tanpa belajar n bertanya kpd makhluk.

Sebagaimana sabda Nabi SAW :

“Sesiapa mengamalkan dgn ilmunya nescaya Allah Taala mempusakakannya dgn ilmu yg tdk diketahuinya ( ILMU LADUNI ).

Jadi, ilmu inilah yg dpt menyampaikan kpd Ma’rifat Allah Taala kerana sesungguhmya Ma’rifat tersebut tdk akan berhasil melainkan dgn ILMU LADUNI.

Justeru itu, sesiapa mengenali Allah sudah tentu dia mengenali dirinya. Dan sesiapa mengenali dirinya sudah tentu dia mengenali Tuhannya. Dan sesiapa mengenali Tuhannya sudah tentu dia berasa jahil akan dirinya.”

Artikel Pilihan:  NABI KHIDIR HIDUP HINGGA AKHIR ZAMAN

Sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Lebih kenal kamu dgn Tuhan-Nya , lebih kenal kamu akan diri-Nya.”

Jadi, Ma’rifat itu adalah jalan / laluan yg dpt menyampaikan kpd KASYAF ( tampak terbuka segala hakikat sesuatu ) ,

KASYAF itu adalah jalan yg dpt menyampaikan kpd FANA’ ( lebur / hilang lenyap ) yg lain selain Allah Taala sahaja ( maa siwa Allahu Taala ).

Sementara FANA’ itu pula adalah jalan yg dpt menyampaikan kpd FANAUL-FANA’ , iaitu dia tdk nampak dirinya yg memfana’kan dirinya , cuma dia nampak Allah Taala saja yg memfana’kan dirinya.

FANAUL- FANA’ itu adalah jalan yg dpt menyampaikannya kpd BAQA’ , itulah yg dituntut.