HAIZUM KUDA PERANG MALAIKAT JIBRIL DI PERANG BADAR

Diposting pada

Daftar Isi

HAIZUM KUDA PERANG MALAIKAT JIBRIL DI PERANG BADAR

Dalam Islam, Malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah SWT yg dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yg dikehendaki dgn izin Allah SWT. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yg kacak. {1}

(Mendengarkan yg demikian), tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah Malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yg jahat itu tidak sekali2 akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama2 dgn keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yg akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yg dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” {2}

Baca juga:  KISAH MALAIKAT MAUT DITAMPAR NABI MUSA

Ringkasnya – Selain daripada mencatitkan amalan, dan menjalankan tugas2 lain yg telah ditentukan, para malaikat yang juga merupakan bala tentera Allah SWT yg diturunkan ketika umat Islam berperang menghadapi tentera musuh. Ia adaah bagi untuk membantu tentera Islam menghadapi sejumlah besar tentera musuh yg sejak lama dahulu tidak pernah luntur semangatnya untuk menghancurkan Islam. Perang Badar misalnya, terbuktidisertai oleh sebilangan besar para malaikat. Ini jelas terbukti dgn catitan dalam beberapa sumber2 Islam.

Memetik bicara Imam Bukhari dalam kitab Shahih-nya, bab “Syuhuudul Malaa-ikah Badran” yg berkata :

Dari Mu’adz bin Rafa’ah ibn Rafi’ az-Zargi dari ayahnya yg ikut serta dalam Perang Badar al-Kubra. Dia berkata, “Malaikat Jibril as mendatangi Nabi Muhammad SAW dan berkata, “Apa pendapatmu tentang pengikut Perang Badar dari kalanganmu?” Rasulullah SAW menjawap, “Dari kalangan kaum Muslimin yg paling utama.” Malaikat Jibril as kembali berkata, “Demikian juga dgn para malaikat yg ikut serta dalam Perang Badar.”

Baca juga:  Jadilah Seperti Siti Masyitoh, Wanita Mulia Yang Makamnya Harum Semerbak

Jadi, jelaslah disini bahawa malaikat Jibril sendiri terlibat di dalam Perang Badar dgn bertindak membantu tentera2 Islam menentang tentera Musyrikin. Hendaklah diingatkan bahwa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan mampu berbuat apa sahaja akan tetapi Allah SWT juga Maha Adil. Sebenarnya boleh sahaja, golongan Musyrikin itu dimatikan sebelum perang, dan tidak perlu pun untuk malaikat Jibril turut bersama tentera Islam bagi menewaskan tentera musuh. Tetapi setiap yg berlaku ada hikmahnya, dan ada beberapa hal yg tidak mampu atau boleh kita pertikaikan/fikirkan kerana sesungguhnya akal fikiran manusia tidak akan mencapai hingga ke tahap infiniti. Ianya mustahil sama sekali. Apa yg perlu ditekankan disini ialah, malaikat mampu menjelma dgn apa jua rupa bentuk yg baik (kecuali buruk atau wanita) dgn izin Allah SWT.